SEJARAH SJKT LADANG SUNGAI BERNAM:
Sekolah di Ladang Sungai Bernam telah
wujud secara tidak rasmi sejak ladang ini diterokai dan
diduduki oleh pekerja ladang yang berasal dari India Selatan berbangsa
Tamil dan Telegu, sekitar tahun 1893.
Pada masa itu,
ladang ini dibahagikan kepada 5 bahagian dan setiap bahagian mempunyai
sekolah sendiri yang beroperasi di rumah pekerja serta gurunya adalah
dikalangan pekerja yang mempunyai pendidikan tetapi tidak mempunyai
kelayakan perguruan.
Selepas berlaku penggabungan
bahagian di ladang ini,SJKT Ladang Sungai Bernam ditubuhkan di sebuah
tempat bersebalahan dengan kuil ladang di tepi jalan yang Corner
Divisian dan Western-Holz Divison pada tahun 1938 oleh pihak pengurusan
Ladang Sungai Bernam,United Plantation Berhad.
Pada
awalnya sekolah ini berfungsi sebagai sekolah yang mempunyai 2 bahasa
pengantar iaitu Bahasa Tamil dan Bahasa Telegu dan mempunyai murid yang
rata-rata merupakan anak kepada pekerja ladang.
Berdasarkan
rekod secara lisan pada ketika itu lebih dari 300 murid belajar di
sekolah ini. Guru-guru pada ketika itu adalah dari India yang mengajar
berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang digunakan di Tamil Nadu dan
Andhra Pradesh,India.
Penyeliaan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah ini pada ketika itu di dilakukan oleh para
kerani ladang dan pengurus ladang.Bangunan sekolah juga disediakan oleh
pihak United Plantation di atas permintaan para pekerja ladang.Pada
ketika itu tiada sebarang perabot di sekolah ini dan murid terpaksa
duduk di atas lantai semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Selepas
pihak pengurusan Ladang Sungai Bernam diterajui oleh Yang Berbahagia
Tan Sri Dato Seri Bek-Nielsen ,pihak pengurusan Ladang mengambil
inisiatif yang lebih dalam konteks pembangunan fizikal sekolah.Kemudahan
padang sekolah diwujudkan demi pembangunan jasmani murid sekolah ini
pada tahun 1950.
Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah ini pada ketika itu di dilakukan oleh para kerani ladang dan
pengurus ladang.Bangunan sekolah juga disediakan oleh pihak United
Plantation di atas permintaan para pekerja ladang.
Selepas
kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957,pihak pengurusan ladang telah
menyerahkan urusan pengajaran dan pembelajaran sekolah ini kepada
Kementerian Pelajaran. En.Samikannoo A/L Thuraisamy merupakan Guru Besar
yang pertama menguruskan sekolah ini.Blok B bangunan,rumah Guru Besar
dibina oleh pihak United Plantation,khas untuk En.Samikannoo kerana
beliau merupakan anak pekerja ladang yang pertama menjadi guru.
Pada
ketika ini lantai sekolah dibina dan pihak ladang telah menyumbangkan
perabut kepada sekolah. Sekolah pada ketika itu berupa sebuah dewan
panjang yang dibahagikan kepada kelas menggunakan papan kenyataan dan
tiada pembahagian bilik darjah langsung.
Pada tahun 1980-an Guru
Besar pada ketika itu En Mani Selvaraj telah mengambil inisiatif untuk
mewujudkan bilik darjah dengan mengadakan aktiviti gotong royong dan
membina dinding dan mewujudkan bilik darjah kekal.
Pada tahun
1990-an Puan R.Sevapakiam telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah
bilik darjah tambahan yang berfungsi sebagai Bilik Pemulihan dan juga
sebuah blok tandas.
Pada tahun 2001 Encik Rajathurai yang menjadi
Guru Besar telah berusaha untuk menukarkan wajah sekolah dengan membina
tingkap dan dinding luar bagi sekolah.Sebelum itu sekolah berdindingkan
papan yang tidak tertutup.
Dari segi enrolmen,sekolah mengalami
pengurangan yang drastik disebabkan oleh proses urbanisasi yang berlaku
di kalangan pekerja ladang.
Pada tahun 2009 SJKT Ladang Sungai
Bernam mempunyai 35 orang murid dan 10 orang guru. Dari 16 julai 2009,
jawatan guru besar telah disandang oleh En.A.Narayanasree sehingga
sekarang.
Pada Ogos 2012,En,R.Rameshkumar telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini.